Cerita Menarik


PAYUDARA MELETUP SELEPAS BERGUSTI DALAM LUMPUR


STOCKHOLM: Seorang peserta siri realiti televisyen Sweden terpaksa dikejarkan ke hospital apabila implan dalam buah dadanya meletup gara-gara aksinya bergusti dalam lumpur, lapor media semalam.
Lina Hellqvist (gambar) menyertai siri Djungelns Drottning (Ratu Hutan) yang mengisahkan kehidupan sekumpulan 10 peserta hidup dalam hutan tanpa bantuan sebarang teknologi.
Ketika kejadian, Lina, 24, sedang bergusti dengan beberapa peserta lain apabila dia berasa satu daripada buah dadanya berbunyi.
Sumber berkata, bimbang dengan keadaan itu, kakitangan produksi Djungelns Drottning menggunakan helikopter untuk memindahkan Lina ke hospital.
Menurut Lina, dia tidak menyangka sama sekali implan pada buah dadanya boleh meletup tiba-tiba.
“Apabila ia meletup, peserta lain benar-benar bimbang dan saya pula berasa sangat tidak selesa,” katanya.
Masih mendapatkan rawatan, Lina berkata, dia masih berasa ada yang tidak kena pada buah dadanya.
Lina – turut menganggap dirinya seorang bloger – kini menunggu masa sesuai untuk menjalani pembedahan bagi membetulkan semula implan berkenaan.
Djungelns Drottning adalah siri realiti yang mencabar kemampuan wanita hidup dalam serba kekurangan.
Antara tugasan mereka dalam hutan ialah menghidupkan api menggunakan perapi rambut.
Walaupun sesetengah media melaporkan insiden itu berlaku dalam hutan di Malaysia, media lain mendakwa, penggambaran dibuat di Thailand.



************************************************************************* 

Lelaki Mati Dilibas Parang Ketika Memandu


Lelaki Mati Dilibas Parang Ketika Memandu | Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia akibat ditetak dengan parangdalam kejadian di Jalan Ayer Tawar – Pantai Remis berhampiran Changkat Keruing, malam kelmarin. Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung Deputi Superintendan Ahmad Mat Isa berkata, kejadian berlaku pada jam 10.15 malam apabila mangsa yang menuju ke Ayer Tawar telah dihimpit sebuah kereta.

Polis menunjukkan kereta Ford Ranger yang digunakan dalam kejadian jenayah libas parang ini
Menurutnya, mangsa yang dalam perjalanan balik ke rumah setelah menghadiri kenduri berhenti untuk bertanyakan motif keretanya dihimpit. “Mangsa yang dikenali sebagai K Mohan,32 telah dilibas dengan parang di bahagian belakang kepala oleh pemandu kereta jenis Ford Renger apabila mangsa berkenaan bertanyakan motif keretanya dihimpit.
Bersama mangsa ialah isteri dan anak yang berumur dua tahun serta seorang lagi rakannya selamat dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam. Ahmad berkata, mangsa mati ketika dalam perjalanan ke klinik Kesihatan Changkat Keruing dan dibawa ke Hospital Besar Ipoh untuk bedah siasat.
“Motif kejadian masih lagi dalam siasatan dan kita tidak menolak dakwaan bahawa mangsa mengenali orang yang menyerangnya kerana ketika kejadian dua penyerang berkenaan memakai penutup muka. “Selepas melibas mangsa dengan parang kedua-dua penyerang terus melarikan diri.
“Daripada siasatan kami, kereta digunakan penyerang menggunakan nombor kereta palsu dan kereta berkenaan adalah kereta curi,” katanya. Katanya, orang awam yang mengetahui berkenaan kejadian itu boleh menghubungi beliau di talian 019-4483377 bagi membantu siasatan.
“Kita ambil keterangan isteri dan jakan mangsa tentang kejadian itu. “Orang awam juga dialukan untuk menyalurkan maklumat berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya.
Melayukini.net – Tidak dapat dibayangkan ketika kita sedang memandu, tiba-tiba ada kereta lain datang menghimpit dan melibat kita dengan parang panjang. Nauzubillah. Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita semua manusia akan kembali. Semoga keluarga mangsa libasan parang penjenayah itu tabah dengan ketentuan ini. Takziah.

*************************************************************************
TIPS TANGANI MARAH

angry cat Tip Tangani Marah
Amarah yang tidak dikawal dengan baik akan menjejaskan kehidupan dan hubungan. Akibatnya anda mungkin tidak disenangi oleh rakan, mahupun akan menjejaskan prestasi kerja anda. Dengan keadaan minyak naik, harga barang naik & mahal, ini memberi tekanan kepada anda, mahupun kepada pasangan anda. Kesilapan menangani marah akan menyebabkan rumahtangga bergolak dan akan menjejaskan keharmonian rumah tangga. semoga tip ini memberi anda ketenangan dan dapat menangani kemarahan anda
Langkah 1 ( Teknik 5 saat )
Ketika darah anda naik disebabkan marah, apa yang perlu anda lakukan adalah genggam tangan sekuat hati dan tarik nafas sedalam-dalam. Setelah itu, hembuskan nafas secara perlahan-lahan dan lepaskan genggaman tangan anda sedikit demi sedikit.
angry cat2 Tip Tangani Marah
Langkah 2 ( Teknik 10 saat )
Tarik Nafas sambil mengangkat bahu setinggi mungkin dan tahan nafas. Selepas itu, turunkan bahu secara perlahan-lahan sambil menghembuskan nafas. Saat bahu diturunkan, rasakan bahawa anda melepaskan semua beban atau masalah yang terpaksa dipikul sebelum ini.
angry cat3 Tip Tangani Marah
Langkah 3 ( Teknik 30 saat )

Kombinasikan gerakan kepala ke kanan dan krii untuk melagakan otot dan leher. Gerakan mudah ini juga boleh anda lakukan ketika anda berada dalam keadaan letih atau sedang marah.

Langkah4 ( Teknik 45 Saat )
Cubalah duduk bersandar di kerusi dalam keadaan relaks sambil memejamkan mata dengan kaki memijak lantai. Setelah iti, hentakkan kaki secara perlahan-lahan sambik menarik dan menghembuskan nadas. Dalam pada itu, sematkan di dalam diri bahawa anda harus segera menghentikan kemarahan anda saat itu juga. Pastikan anda berasa lega.
angry cat4 Tip Tangani Marah
Langkah 5 ( Teknik 60 saat )

Sematkan kata-kata positif yang mampu mendeskripsikan diri anda seperti kesetiaan, tolenransi, murah hati, tidak mudah marah, rendah diri dan pelbagai kata pujian dan positif yang lain. Tuliskan kata-kata tersebut di atas sekeping kertas dan tampalkan di tempat muda untuk anda melihatkannnya. Di perjabat anda boleh menampalnya di atas meha kerja anda atau di rumah, tampalkan di cermin solak anda. Jadi sekiranya anda di serang emosi marah. Lihatkan kembali kertas tersebut untuk mengingatkan bahasa diri anda sebenarnya amat di hargai.


************************************************************************* 

SURIRUMAH TERKEJUT DIDAKWA BERHUTANG RM600,000.00




PASIR PUTEH: Seorang suri rumah di Kampung Padang Pak Amat di sini amat terkejut apabila didakwa mempunyai hutang lapuk berjumlah lebih RM600,000.
Faridah Muhamad, 45, berkata hutang itu diketahuinya ketika membuat permohonan untuk mendapatkan pinjaman mikro perniagaan di sebuah bank di bandar ini.
Pihak bank berkenaan memaklumkan beliau gagal dalam permohonan itu kerana mempunyai hutang lapuk bagi pembelian enam kereta di enam bank perdagangan dan pembelian barang peralatan rumah di sebuah kedai di Kuala Lumpur.
“Saya sendiri tak pernah kenal ibu negara (Kuala Lumpur) apatah lagi untuk membuat pinjaman secara berasingan itu…saya dan keluarga bukannya orang kaya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di warung kepunyaan suaminya di sini, Rabu.
Beliau mendakwa surat tuntutan hutang berkenaan akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat oleh pihak bank manakala tuntutan hutang atas pembelian peralatan rumah lebih RM15,000 dari kedai Courts Mammoth Malaysia Sdn Bhd turut diterimanya pada 21 Nov lepas.
“Syarikat guaman itu meminta saya melunaskan hutang itu dalam tempoh terdekat jika gagal berbuat demikian tindakan mahkamah akan diambil terhadap saya,” katanya.
Faridah berkata notis amaran itu diperolehinya ketika beliau pulang ke rumah ibunya di Manek Urai, Kuala Krai pada pada 23 Dis lepas.
Katanya beliau tidak mampu untuk menjelaskan hutang berkenaan memandangkan hidupnya seharian hanya bergantung kepada suaminya sebagai pengusaha warung kecil yang berpendapatan antara RM300 dan RM600 sebulan.
“Dengan pendapatan sebanyak itulah kami menyara keluarga termasuk membiayai empat orang anak yang berumur empat hingga 15 tahun, tiga daripadanya sudah memasuki peringkat persekolahan,” katanya.
Beliau berkata laporan polis telah dibuatnya tiga hari lepas. - BERNAMA

*************************************************************************  

NANTIKAN CERITA2 MENARIK YANG LAIN



No comments:

Post a Comment